Wednesday, 26 December 2012

SABAH !!

baru baru ni waktu cuti sekolah aku ada pergi Sabah ... pergi Sabah dr KLIA ambil masa lebih kurang 2jam 30minit . boring lah jugak waktu dekat dalam flight tu . aku dengar lagu je keje . bila nak tidur je kakak aku kacau . dah lah aku tidur pukul 1:20 then , bangun pukul 5pagi =='' penat gila waktu tu . tapi bila dah nak sampai dekat Sabah tu best gila . sebab pemandangan dr atas sangat lah cantik . geram aku tengok . hehehe .

*waktu dah sampai dekat Sabah tu , kitorang terus cari kereta nak sewa . kitorang dapat sewa kereta Exora . first time kot naik kereta proton . hehehe . aku nak suruh ayah aku sewa kereta elok sikit . tp , ada Exora je tinggal . tak sangka pulak aku kereta tu selesa lah jugak .

*kitorang pergi sana 3hari 2malam . start hari Jumaat n balik hari Ahad . sekejap sangat rasa ada dekat sana . Sebab dekat sana best sangat . tempat tempat dia semua nya cantik cantik . terutama sekali bila dah sampai dekat Gunung Kinabalu . kitorang keluar dari hotel pukul 6pagi . walaupun 6pagi , tp macam dah pukul 7pagi . dekat sana dia cepat malam and cepat siang . suasana waktu dalam perjalanan tu best sangat . ada sampai satu part kitorg tak nampak apa apa sebab kabus tebal sangat . tp memang best gila lah . bila dah sampai dekat Gunung Kinabalu tu , sejuk sangat sangat . sejuk yang teramat sangat . tp memang best gila . lepas tu kalau dah sampai dekat kawasan Gunung Kinabalu tu , aku suggest kan korang naik kawasan yang lagi atas . sebab kawasan dekat atas atas tu cantik sangat . then , akan ada satu tempat tu , dia kawasan yang lapang . dekat sana korang boleh lah kalau nak tangkap gambar semua . lepas tu dekat tu keliling dengan gunung gunung , sangat cantik .

*korang aku suggest kan pergi Mari Mari Cultural Village . dekat situ kalau korang nak masuk sana 80ringgit untuk orang dewasa , kalau tak silap aku . tp sebab waktu kitorang pergi tu cuti sekolah so , dapat discount 40ringgit untuk orang dewasa kot , tp untuk budak budak aku tak sure berapa . dekat sana nanti akan ada  rumah rumah kaum dekat Sabah . and dekat setiap rumah tu ada aktiviti yang dia sediakan . and last sekali sebelum balik dia akan sediakan makan . tempat tu memang best . tp kalau tak silap aku kalau masuk sana dia ambil masa kita lebih kurang 3jam . tp tak rugi lah pergi sana . walau pun panas , tp biasalah kan .

*waktu aku pergi Sabah aku pergi Jambatan Tamparuli . dekat Jambatan Tamparuli tu biasa je sebenarnya . jambatan tepi jalan . tp sebab aku ni penggemar jambatan , aku suka sangat aku naik jambatan tergantung mcm tu . kalau aku naik dekat situ mesti aku akan lompat lompat sebab best kot . tp waktu nak pergi sana aku menggelikan dan menakutkan . sebab kalau nak pergi sana hanya ada satu tempat je kalau nak parking kereta . tempat nak stop tu dekat pasar , pasar dia serious kotor , bukan kotor sikit , tp sangat sangat lah kotor . n dekat sana jugak banyak anjing . waktu mula mula aku tak nak turun sebab takut and geli . tp rugi lah kalau tak pergi sana kan , so aku pun berani kan diri pergi keluar kereta . tp anjing dia tak kacau orang pon . nasib baik .

*lepas tu aku pergi dekat Rumah Terbalik . dekat situ best lah jugak pergi sebab unik and pelik . aku tak tau mcm mana owner dia boleh fikir nak buat mcm tu . semua benda dekat dalam rumah tu terbalik . tempat tu baru je bukak tahun ni . tp yang xbest nya , tempat tu kecik je . cuma ada satu rumah je =(

*aku pon ada pergi Hot Spring apa benda entah nama dia . dekat dalam tempat Hot Spring tu ada macam macam . bukan setakat boleh mandi dekat sana , tp dekat dalam dalam dia ada banyak lagi tempat boleh pergi .

*dekat Sabah tu ada banyak sangat church . dekat kiri kanan mana je pergi mesti nampak church . menakutkan je .

anyeong !!!

No comments:

Post a Comment